KHASIAT AIR KELAPA MUDA
Banyak orang yang tidak mengetahui manfaat khasiat air kelapa muda. Selain untuk menghilangkan dahaga, air kelapa muda juga boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dengan cara yang mudah dan murah. Air kelapa atau bahasa saintifiknya Cocos Nucifera mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan selain bertindak menyegarkan kerongkong. Khasiat air kelapa muda juga bermanfaat untuk kesihatan terutama untuk kaum perempuan. Dalam satu biji kelapa mengandungi 400-465cc air di dalamnya. Dalam air kelapa tua mengandugi mineral, protein, lemai, karbihidrat dan abu. Terdapat juga vitamin C dan asid amino untuk sistem kekebalan tubuh.
Khasiat air kelapa muda benar-benar sangat banyak terutama untuk pelbagai penyakit tertentu. Pada masa kini ianya menjadi kegemaran semua peringkat usia. Selain rasanya yang begitu nikmat dan segar, ianya juga menggantikan cecair yang hilang dalam tubuh badan. Manfaat air kelapa ini sangat pelbagai, bahkan buah kelapa yang sudah tua pun mengandungi kalori yang sangat tinggi, iaitu sebanyak 359 kal per 100 gram, Selain itu isi kelapa setengah tua pula mengandungi kalori sebanyak 180 kal per 100 gram dan isi kelapanya juga mengandungi kalori sebanyak 68 kal per 100 gram. Sedangkan nilai kalori rata-rata yang terdapat pada air kelapa berkisar 17 kalori per 100 gram.
Air kelapa boleh mencegah muntah-muntah dan mengubati dehidrasi. Tidak hanya itu, air kelapa juga mengandungi potasium, sodium, elektrolit, kalsium, vitamin C dan mengandungi Lauric Acid seperti yang diperlukan semasa hamil. Air kelapa sebagai minuman isotonik kerana ia membekalkan tenaga dan mengandungi nutrien penting seperti kalsium, potasium, magnesium, sodium, riboflavin, klorida dan elektolit. Ianya dapat mengelak tubuh dari terhidrasi dengan menambah kandungan air dalam badan, memberi tenaga kepada badan anda seterusnya meningkatkan stamina badan. Kalium berperanan penting dalam menjaga tekanan darah dan kesihatan jantung. Khasiat air kelapa muda juga mengandungi protein, serat, mangan, dan vitamin C, yang semua itu sangat berperanan untuk meningkatkan metabolisme ibu selama tempoh kehamilan.
Air kelapa bermanfaat sebagai antibacterial dan membunuh bakteria penyebab infeksi dalam tubuh. Air kelapa berunsur alkali dan mampu meneutralkan kandungan asid yang tinggi dalam badan manusia. Oleh itu ia dapat menstabilkan pH dalam badan anda. Air kelapa dapat meningkatkan sistem imunisasi di dalam badan bagi melawan penyakit. Ianya jga dapat mengubati pelbagai penyakit seperti selsema, demam campak, demam panas dan demam kuning pada bayi. Risiko mendapat penyakit kanser, buah pinggang dan batu karang dapat dikurangkan jika minum air kelapa muda. Ia juga dikatakan berkesan untuk mengawal AIDS.
Selain itu, air kelapa juga bermanfaat untuk menurunkan berat badan kerana mengandungi mineral yang sangat baik untuk mempercepat metabolisme dalam tubuh anda dan menghasilkan tenaga yang boleh digunakan ketika anda berolahraga untuk membakar kalori kerana air kelapa mengandungi elektrolit yang meningkatkan metabolisme anda dan dapat membuat kulit anda menjadi lembab, bersih dan lembut. Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolesterol. Malah ia dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam badan. Air kelapa turut digunakan sebagai minuman diet kerana fungsinya sebagai minuman isotonik dapat membantu mengurangkan berat badan seseorang tanpa menjejaskan bekalan nutrien penting kepada badan.
Air kelapa berguna untuk ibu-ibu yang mengandung bagi mencantikkan kulit bayi dan mudah bersalin. Ia juga dikatakan dapat memperbanyakkan air ketuban bayi. Khasiat air kelapa muda bagi ibu hamil dipercayai dapat membersihkan air ketuban sehingga kulit bayi pun akan bersih, memiliki rambut yang lebat serta mata yang bening. Hal ini akan sangat dirasakan efeknya terutama jika diminum ketika trimester ketiga.
Air kelapa juga membantu melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh dan membawa oksigen ke sel badan manusia. Ia dapat mengawal kandungan gula di dalam darah, jadi amat sesuai diminum oleh pesakit diabetes. Ia dapat mengeluarkan toksid di dalam badan dan juga melawan kuman didalam tubuh anda. Air kelapa juga mengatasi mabuk dan keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.
Bagi mereka yang panas badan, boleh minum air kelapa kerana ia dapat menyejukkan badan di samping menstabilkan suhu badan. Ianya berfungsi membersihkan sistem pencernaan dalam badan dan mengelaknya daripada tersumbat. Sepanjang tempoh kehamilan, plasenta menghasilkan hormon progesteron yang memlambatkan kontraksi otot yang membuatkan pencernaan menjadi lambat.
Apabila ibu meminum air kelapa, ianya boleh melancarkan proses pencernaan. Hal ini kerana air kelapa mengandungi nutrisi dan oksigen yang mudah diserap oleh sel dalam tubuh. Selain itu, air kelapa juga dapat meningkatkan fungsi usus dan dapat membantu meringankan konstipasi, mulas, serta gangguan pencernaan lainnya yang sering dialami oleh ibu yang sedang hamil. Ianya juga berfungsi mencegah pembentukan batu karang di buah pinggang. Air kelapa bersifat antigen, jadi berkesan untuk mengubati parut akibat terbakar, jerawat, gatal-gatal badan dan sebagainya. Bagi anda yang mengalami masalah susah buang air kecil , air kelapa berkhasiat meredakan rasa sakit dan melancarkan keluarnya kencing.
Mencuci rambut anda dengan air kelapa dapat mencegah munculnya uban serta menjaga kesihatan rambut. Ianya membantu mengatasi dan mengurangkan masalah kelemumur. Bagi anda yang memiliki masalah rambut gugur, air kelapa muda dipercaya bermanfaat untuk menyihatkan rambut, melebatkannya serta menguatkan akar-akarnya sehingga keguguran pun dapat dikurangkan. Khasiat air kelapa muda juga boleh mengubati penyakit demam berdarah dengan meminumnya secara rutin dan teratur. Ianya turut boleh mengatasi panas dalam yang dialami dan juga mengurangkan panas akibat demam. Ianya juga berfungsi mengubati masalah kecacingan yang sering diamali oleh kanak-kanak.
Air kelapa juga berkhasiat sebagai pengganti cairan dalam tubuh. Setelah anda penat berolahraga atau selepas melakukan aktiviti yang menggunakan tenaga sudah tentu ion-ion dalam tubuh anda akan berkurang. Air kelapa muda memiliki elektrolit alami yang dapat menggantikan cairan tubuh kita yang telah hilang.
Air kelapa mengandungi mikro dan makro di dalamnya. Unsur makro yang terdapat dalam air kelapa adalah karbon dan nitrogen. Unsur karbonnya pula berupa karbohidrat sederhana seperti glukosa, sukrosa, fruktosa, sorbitol, inositol, dan lain-lain. Unsur nitrogennya berupa protein yang tersusun dari asam amino air kelapa. Selain karbohidrat dan protein, air kelapa juga mengandungi unsur mikro iaitu mineral yang diperlukan oleh tubuh. Mineral tersebut ialah kalium (K), natrium (Na), kalsium (Ca), magnesium (Mg), ferum (Fe), cuprum (Cu), fosfor (P), dan sulfur (S). Kandungan mineral dalam air kelapa diperlukan sebagai pengganti ion dalam tubuh.
Air kelapa juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C, asam nikotinat, asam folat, asam pantotenat, biotin, serta riboflavin. Oleh sebab itu, air kelapa juga dimanfaatkan sebagai bahan pengubatan tradisional sekaligus untuk kecantikan. Selain mineral, air kelapa juga mengandungi gula (bervariasi antara 1.7 - 2.6%) dan protein (0.07 – 0.55%). Oleh kerana komposisi gizinya yang sedemikian, khasiat air kelapa muda dijadikan bahan utama dalam beberapa produk makanan.
Khasiat air kelapa muda juga boleh mengatasi masalah jerawat pada wajah anda. Caranya dengan mencuci muka setiap hari secara rutin dengan menggunakan air kelapa. Selain itu, ianya boleh menyembuhkan bekas jerawat dan mengatasi masalah bintik-bintik hitam, kedutan pada wajah, masalah kulit wajah kering dan menyerikan wajah anda. Air kelapa juga bermanfaat untuk mengubati luka, pecahan pada tapak kaki dan lain-lain. Anda hanya perlu membuat ubat sapu yang diperbuat daripada air kelapa dan beras. Caranya dengan rendam segenggam beras ke dalam air kelapa muda di dalam tempurungnya sehingga berasa terasa masam. Tumbuk beras sehingga halus dan sapukannya ke wajah untuk dijadikan masker.
Khasiat air kelapa muda juga boleh mengatasi ubat luka akibat terbakar. Caranya campurkan air kelapa muda dengan secubit serbuk kunyit dan air kapur sirih. Sapukan ramuan tersebut pada bahagian kaki yang dikehendaki. Cara ini boleh menghilangkan rasa panas pada telapak kaki dan tangan. Bagi mereka yang menghidap penyakit batu karang, anda boleh minum air kelapa secara rutin. Hal ini kerana meminum air kelapa akan membantu memecahkan batu karang sehingga memudahkan batu tersebut keluar daripada tubuh anda.
Assalamualaikum semua nk kongsi boleh jika ada sakit : -
ReplyDelete• kanser tahap 1 2 3 dan 4 dah ada bnyak testimoni
• Darah tinggi
• Masalah saraf dan stroke
• cysts
• Kitaran haid tidak teratur
dan lain2 penyakit cuba berubat dgn saya mohd zuhairi bin noordin (017 4687570) cuba wasap saya atau call saya..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.saya mengunakan pokok2 herba yang terpilih yang penting harga mmpu milik dan berkesan Insya Allah